Strike For Quality

SELAMAT TAHUN BARU 2016

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

SMK Ungku Aziz (SMKUA) berasal dari sekolah menengah kebangsaan yang ditubuhkan pada tahun 1959.  Pada masa itu beberapa buah Darjah Menengah Melayu ditubuhkan masing-masing di Sabak Bernam, Parit Baru dan Sungai Besar.  Kesemua Darjah Menengah Melayu ini  digabungkan dan di tempatkan di bangunan lama sekolah Melayu Sabak Bernam. Tapak  bangunan sekolah ini telah dijadikan sebagai tapak masjid  Sabak Bernam yang ada sekarang.

Rasional penubuhan SMK adalah untuk memenuhi aspirasi rakyat untuk mendaulatkan cita-cita Bahasa Kebangsaan selepas sahaja negara mencapai kemerdekaan.  Ia juga bertujuan untuk menempatkan murid-murid luar bandar yang tidak mampu bersekolah di bandar dimana bahasa pengantarnya adalah Bahasa Inggeris seperti Sekolah Dato’ Abdul Razak Tanjung Malim, Sekolah Tunku Abdul Rahman, Ipoh, Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Victoria Institution di Kuala Lumpur.  Sebuah Sekolah Menengah  Inggeris telah ditubuhkan di Sungai Besar, tetapi sekolah aliran Bahasa Kebangsaan masih belum wujud.  Oleh yang demikian, adalah difikirkan  amat perlu untuk menubuhkan sekolah ini. 

            Pada awal tahun 1961, kumpulan pertama pelajar sekolah ini mengambil peperiksaan Sijil Menengah Rendah.  Bangunan  baru sekolah menengah siap dibina pada tahun 1963 dan buat pertama kalinya pelajar sekolah ini mengambil peeperiksaan  Sijil Pelajaran Malaysia.

Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya pada 27 Julai 1964 oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia, Encik Abdul Rahman Talib, PJK.  Pada 18 Julai 1970 nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Menengah Ungku Aziz kerana pada masa itu sudah banyak sekolah menggunakan nama Sekolah Menengah Kebangsaan. Jadi adalah difikirkan perlu untuk menukar nama agar dapat membezakannya dengan sekolah-sekolah yang lain dan mengenali identiti setiap sekolah menengah yang ada di Sabak Bernam.  Nama sekolah ini diambil sempena nama seorang tokoh pendidikan yang  terkenal pada masa itu,  iaitu Profesor Diraja Ungku Aziz , Naib Chanselor Universiti Malaya.  Professor Diraja Ungku Aziz sendiri telah merasmikan upacara pertukaran nama tersebut. 

Pada 18 Julai 1985, SMKUA telah menyambut Jubli Perak, yang telah dirasmikan oleh Dato’ Dr Yunus Noor, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Pada tahun 1992, SM KUA telah mendapat anugerah” SEKOLAH HARAPAN NEGARA” Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar. Pada 7 November 2009, sambutan Jubli Emas diadakan dan dirasmikan oleh Dato Dr Anwar Ridhwan, sasterawan Negara. Mulai tahun 2011 sebuah bangunan baru 4 tingkat menempatkan 3 buah makmal sains, makmal ERT dan 16 bilik darjah mula beroperasi.


KOD SEKOLAH

Kod Sekolah ini ialah BEA 6041

B          -           Sekalah ini didaftarkan di Negeri Selangor
E          -           Bahasa Pengantar Bahasa Malaysia
A          -           Daerah Pentadbiran Sabak Bernam





6041     -          Siri negeri dimana sekolah adalah yang ke-41 didaftarkan di negeri Selangor







               

                  LENCANA SEKOLAH                          


























































 














 


































No comments:

Post a Comment